Semalam dapat pengajaran hebat.
Semua yang kita ada hari ini, bukan milik kita.
Aku rasa ramai yang tahu benda ni, tapi, kurang yang betul-betul faham.
Mungkin cerita ni bosan sikit, tapi siapa yang banyak masa, teruskanlah baca. :)
Tapi, siapa nak cepat skip la sampai dekat kesimpulan dia.
Dari tadi dengar bunya kucing. Selalunya takde la macam tu sekali walaupun kadang2 ada. "Tadi ada kucing ikut abah balik dari masjid. Ada orang tinggalkan." Tengok2, rupanya ada seekor anak kucing ni, comel sangat. Gemuk. Haha. Aku suka panggil kucing gemuk. Long story short, aku la yang jaga dia. Tapi sebenarnya parents aku tak berapa setuju sangat nak simpan. Hygiene issue. Jadi kami setuju nak hantar dia pergi pasar malam esoknya.
Pagi esok, balik rumah, nampak dia dekat mana kitorang tinggalkan. Petang tu, semua pelik sebab dia tak berbunyi macam selalu. Kalau tak, selalu sangat mengiau setiap masa. Bila tengok, dia dah hilang. Kotak dia pun takde. Jadi, konklusinya, dia dah diambil orang. Sedih sangat masa tu. Walaupun aku tahu malam tu memang nak hantar dia pergi pasar, tapi rasa sedih sebab tak dapat pegang dia untuk last time, peluk dia puas-puas sebelum lepaskan dia.
Aku bayangkan saat aku nak lepas kan dia, dia masih main dekat kaki aku dan aku pergi dengan berathati. Aku bayangkan aku masih boleh usap dia dalam perjalanan pergi pasar.
Aku bayangkan aku...
Tapi, tiba-tiba dia takde. Hilang.
Apa yang aku bayangkan, aku tak boleh buat.
Aku teringat bila kali terakhir aku bagi dia makan, usap dia, bagi dia main dekat kaki aku.
Comel sangat.
Jadi, kesimpulannya. Semua benda sekeliling kita, KITA ni milik Allah. Secepat man dia datang, secepat tu dia boleh hilang. Kita kena bersedia untuk lepaskan walaupun berapa banyak kita sayang sesuatu sebab benda tu bukan memang milik kita sejak dari mula. Pinjaman je. Bersedih itu tidak salah kerana mesti ada raasa kehilangan, tetapi janganlah sehingga kita menyalahkan Allah, bersangka buruk dengan Allah. Dia lebih tahu. Rancangan Dia adalah yang terbaik.
Btw, sebenarnya Gemuk tu tak diambil orang pun, dia lepak tempat lain. Penat je aku sedih. Haha. Takpe la. Mungkin aku boleh buat apa yang aku bayangkan tu?