5/06/2016

Merahkan Darah

Jika mahu menyerah kalah, sila
Hanya sebab tidak mahu bersusah, tolong
Kau ingat hendak berjaya itu mudah?
Jika kau tidak boleh tahan kepayahan untuk mendaki gunung,
Jangan harap kau akan berada di puncak.


Aku geram dengan kau
Kau menyerah kalah tanpa bertempur
Kau masuk ke gelanggang,
lihat musuh yang lebih hebat,
lihat penonton menyorak untuk si gagah,
lantas kau turun menyorok.

Jika kau ingat dengan satu langkah, kau akan disanjung, digilang
Kau salah, salah sekali
Pendekar sebenar akan bertempur ke titisan terakhir
Sehingga tanah merahkan darah
Sehingga tubuh tidak mampu berdiri.

Jika kau fikir hidup ini mudah,
Sila beralah sebelum bertempur
Duduk sahaja dalam takhta selesamu
Jangan pernah menjejakkan kaki di sini.

Jika kau yang perlu ku tempur,
Akan ku cari kau sehingga ke singgahsana bahagiamu
Kerana aku tidak suka melihat mereka yang beralah kerana gentar
Hapus sahaja kau dari sini.